Tuesday, October 11, 2016

Pengenalan kepada Pangkalan Data

1. Definisi
  • Sekumpulan data atau maklumat mengenai sesuatu topik atau tujuan tertentu yang mempunyai hubungan logikal di antara satu sama lain
  • Ia disimpansebagai satu sisitem simpanan data yang tersusun dalm bentuk elektronik bagi memudahkan proses capaian oleh satu atau lebih aturcara penggunaan
  • Contoh: Sistem rekod pelajar menyimpan maklumat peribadi seperti nama  ic dll

2. Konsep Pangkalan Data
  • Ia menyimpan data-data di dalam suatu tempat dan membolehkan data-data tersebut diuruskan dalam bentuk logikal untuk kemudahan mencapaian data

3. Sistem Berasasakan Fail Tradisional(SFT)
  • Sistem yang dilaksanakan secara manual atau tradisi. Data dan maklumat disimpan di dalam fail-fail kertas yang kemudiannya disimpan di dalam kabinet-kabinet khas
  • Fail yang disimpan adalah mengikut turutan abjab dan nombor rujukan supaya pencarian fail dapat dilakukan dengan sempurna
  • Kaedah penyimpanan di mana disimpan dalamn fail yang berasingan dan disimpan dalam disket dan segala aplikasi perlu ditulis

4. Kelemahan SFT
  • Pemisahan data setiap yang dibina tidak dihubungkan antara satu sama lain
  • Format fail yang berbeza tidak boleh digabung ataudi banding dengan mudah seperti MS Word dan MS Excel
  • Data lewahan-fail yang mempunyai data yang sama sisimpan dalam pelbagai tempat yang menyebabkan  kesukaran mencari dan penggunaan storan yang banyak

5. Kelebihan Pangkalan Data 
  • Mengawal ulangan - elakan pembaziran ruang storan , tenaga dan kos serta mengurangkan percanggahan data yang sama
  • Berkongsi data - membenarkan ramai pengguna mencapai maklumat yang dikehendaki dalam satu masa yang sama
  • Mengawal penggunaan pangkalan data kepada pengguna yang hanya diberi kebenaran

6. Sistem Pengurusan Pangkalan Data (SPPD) atau (DBMS)
  • Sistem perisian yang membolehkan pengguna mentakrif, mencipta, mengemaskini, mengurus dan menyelenggara pangkalan data. SPPD turut mengawal capaian terhadap data dalam pangkalan data

7. Aplikasi Pangkalan Data
  • Satu program yang berinteraksi dengan pangkalan data pada masa-masa exucation
  • PASCAL, COBOL atau C++ adalah antara contoh bahasa pengaturcaraan yang boleh digunakan untuk tujuan menulis aturcara penggunaan aplikasi pangkalan data

8. Kelebihan menggunakan DBMS
  • Maklumat data yang dekehendaki boleh dicapai dengan lebih pantas dan tepat
  • Meminimumkan limpahan data, meningkatkan konsistensi data, pengintegrasian dan perkongsian dan mengurangkan penyelenggaraan program
  • Boleh menyisih data mengikut cara yang ditentukan oleh pengguna seperti dalam susunan abjad atau kriteria lain
  • Boleh meyenaraikan data mengikut keperluan pengguna seperti dari segi susunan abjad atau kriteria lain
  • Boleh melaksanakan proses menyisih dan menyenaraikan data mengikut kriteria yang dikehendaki dengan pantas dan tepat
  • Boleh kemaskini dengan mudah
  • Boleh dikongsi dengan pantas serta mempunyai kadar interaktiviti yang tinggi menerusi pelbagai teknologi baru seperti menerusi CD-ROM, internet dll.

No comments:

Post a Comment